6 Kartun Disney Dengan Kisah Benar Yang Menakutkan

Kalau anda tengok kisah-kisah yang Disney pernah tayangkan, semuanya mempunyai happy ending dan membuatkan ramai pembaca dan penonton mahukan kehidupan seperti dalam movie–movie Disney. Tapi tahukah anda yang sebenarnya, kisah-kisah ini mempunyai jalan cerita yang berbeza?

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan movie–movie yang Disney keluarkan sebenarnya berasal daripada kisah-kisah orang terdahulu dan mereka kemudiannya mengambil inspirasi daripada kisah-kisah dongeng ini untuk dijadikan sebuah movie animasi. Jadi hari ini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa movie Disney yang sebenarnya mempunyai jalan cerita yang lebih menakutkan dan juga boleh dikatakan agak kejam untuk sebuah bedtime story!

CINDERELLA

Kalau ikutkan movie yang Disney keluarkan, kedua kakak tiri Cinderella tidak berjaya berkahwin dengan putera raja kerana kaki mereka tidak muat untuk masuk ke kasut kaca yang dibawa oleh putera raja tersebut. Ia kemudiannya dipakai oleh Cinderella dan ianya muat lalu berkahwinlah mereka berdua. Tapi untuk versi asal, kedua kakak tiri Cinderella terpaksa buat perkara yang lebih menakutkan yang mana mereka telah memotong tumit kaki mereka bagi membolehkan kaki mereka muat dalam kasut tersebut.

Tapi rancangan mereka tidak berjaya apabila burung-burung yang selalu berada dengan Cinderella telah memberitahu putera raja tersebut yang terdapat darah pada kaki mereka berdua. Setelah rahsia mereka terbongkar mereka terpaksa redha dengan perkahwinan putera raja tersebut dengan Cinderella. Namun ia tidak habis disitu kerana semasa mereka datang ke majlis perkahwinan Cinderella dan putera raja, beberapa ekor burung telah menyerang mereka dan mematuk mata mereka berdua sehingga buta!

SLEEPING BEAUTY

Siapa saja yang tidak tahu kisah tentang Princess Aurora ataupun lebih dikenali sebagai Sleeping Beauty. Kalau ikutkan movie yang biasa korang tengok, Princess Aurora telah terkena sumpahan apabila jarinya terkena tertusuk jarum yang disumpah oleh Maleficent dan ia telah membuatkan ia tertidur selamanya. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan dia dari terus tidur adalah dengan ciuman dari putera raja dan itulah yang berlaku dalam movie Sleeping Beauty.

Tapi kisah sebenarnya agak berat kerana semasa Sleeping Beauty masih tidur, seorang raja telah menjumpai tempat dia tidur dan cuba untuk membangunkannya. Namun disebabkan sumpahan itu hanya boleh dihapuskan oleh putera raja, raja tersebut tidak berjaya untuk bangunkan Sleeping Beauty. Kecewa kerana tidak berjaya, raja tersebut telah mengambil keputusan merogol Sleeping Beauty semasa dia masih tidur dan meninggalkan dia begitu sahaja. Selepas 9 bulan, dia telah melahirkan sepasang kembar walaupun dia masih tidur. Salah satu anaknya telah menyedut jari Sleeping Beauty dan ini telah mematahkan sumpahan tersebut. Apabila dia terbangun, dia telah menjadi seorang ibu kepada dua orang bayi!

PINOCCHIO


Pinocchio sememangnya nakal tapi dalam versi asalnya, Pinocchio jauh lebih nakal dan boleh dikatakan agak kejam. Sebaik saja dia tahu bagaimana untuk berjalan, dia telah melarikan diri dari rumah Geppetto dan telah memberitahu polis yang Geppetto telah menyeksa dirinya dan telah membuatkan Geppetto dipenjara.

Bukan setakat itu sahaja,  mesti ingat dalam cerita Pinocchio ada satu watak cengkerik yang dipanggil Jiminy Cricket. Dalam movie, Jiminy Cricket selalu bersama dengan Pinocchio dan memberikan dia nasihat. Namun dalam versi yang sebenar, Pinocchio tidak suka Jiminy Cricket menasihatkan dia tentang apa dia buat lalu dia kemudiannya mengambil keputusan membunuh Jiminy Cricket dengan menghentaknya dengan tukul kayu!

SNOW WHITE
Kalau nak diikutkan, versi asal Snow White lebih kurang sama dengan kisah yang terjadi kepada Cinderella. Snow White telah diracun oleh Sang Ratu dan satu-satunya untuk sembuhkan dia adalah putera raja perlu menciumnya. Tapi pada versi asal, Snow White telah terbangun apabila keranda kaca yang menempatkan jasadnya telah terjatuh dan dia telah memuntahkan kembali apple beracun tersebut.

Setelah Snow White sedar dan sembuh, dia pun berkahwin dengan putera raja tersebut dan telah mengundang Sang Ratu yang meracunnya ke majlis perkahwinannya. Setibanya di majlis tersebut, Sang Ratu telah telah dipaksa menari dan memakai kasut besi yang telah dipanaskan. Dia terpaksa menari dalam keadaan terseksa dan akhirnya mati. Berdendam juga si Snow White eh!

The Little Mermaid

The little mermaid, Ariel menceritakan kisah tentang duyung yang mempunyai badan separuh manusia dan separuh duyung. Ariel sanggup untuk menukar suaranya untuk sepasang kaki semata mata untuk bersama dengan seorang putera. Walaupun Kisah the Little Mermaid ini diinspirasikan dari sebuah kisah rakyat iaitu Undine, yang ditulis oleh Friedrich De La Motter Fouque. Di dalam kisah ini seorang pahlawan mengahwini sebuah makhluk air yang digelar Udine, dia telah diberikan jasad manusia semata mata untuk bersama dengan pahlawan ini. Tidak beberapa lama selepas itu pahlawan tersebut jatuh cinta semua kepada bekas isterinya dan Udine mula dipinggirkan. Pakcik Udine yang tahu tentang perkara ini mahu menghancurkan seluruh kota untuk membalas dendam, udine yang tahu tentang perkara ini membunuh diri supaya pahlawan tersebut tidak dibunuh. Walaupun begitu udine yang membunuh diri bertukar menjadi semangat air semula dia diarahkan untuk kembali ke daratan menjadi seorang manusia dan membunuh suaminya.

Pocahontas

Ini adalah kisah kartun yang menceritakan perjalanan seorang gadis orang asli amerika yang jatuh cinta dengan seorang lelaki English yang datang menjelajah ke tanah mereka suatu ketika dahulu. Pocahontas adalah anak ketua puak Powehetans, sebuah puak orang asli yang terkenal suatu ketika dahulu.

Semasa dia berumur 17 tahun dia telah diculik dan ditahan untuk dijadikan tebusan, suami Pocahontas telah dibunuh, dia telah dirogol dan mengandung beberapa kali. Namanya telah ditukar kepada Rebecca dan dipaksa untuk berkahwin kepada seorang peniaga yang bernama John Rolfe. Pada tahun 1615 Pocahontas telah dibawa ke England di mana leher dan tangganya dirantai untuk dijadikan bahan pameran mengatakan yang itu adalah hamba abdi dari Amerika yang telah dijinakkan. Dia dilayan dengan buruk ketika berada di England dan akhirnya meninggal dunia tidak beberapa lama selepas itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑