[Video] 5 Kartel Dadah Paling Bahaya Di Dunia

Kartel Dadah tidak lagi asing dimata masyarakat Amerika Selatan terutama dari negara Mexico, Brazil dan Colombia.

Kartel Dadah dikatakan lebih ‘berkuasa’ berbanding pemerintah. Hal ini berpunca daripada masalah dalaman seperti amalan rasuah berleluasa, kelemahan penguasa menangani masalah menjadi salah satu faktor penularan kumpulan ini.

Sejak Felipe Calderón (bekas Presiden Mexico) melancarkan perang dadah (drug war) terhadap Kartel pada 2006, dianggarkan sekitar 15,000 orang telah terkorban dalam operasi serangan tersebut, dan secara purata 95 orang awam mati (atau diculik) setiap hari di Mexico.

Demikian, ‘It’s all about Business’, kelangsungan ekonomi (narconomics) kartel bergantung pada pengedaran dadah di pasaran gelap termasuk di Dark/Deep Web selain mempunyai bisnes lain seperti Tequila Trade, pemerdagangan manusia, pembunuh upahan dan berkemampuan menguasai Industri Minyak.

Hal ini menjadikan kumpulan Kartel Dadah ini sebagai sebuah organisasi jenayah yang ‘well organised’, serba lengkap dari segi teknologi, senjata dan latihan.

Berikut merupakan senarai lima Kartel berbahaya di dunia:

Kartel Juarez

Juarez Cartel atau lebih dikenali sebagai Organisasi Vicenti Carrilio Fuentes ialah sebuah organisasi jenayah kartel dadah yang diasaskan oleh Rafael Aguilar Guajardo sekitar tahun 70an di sebuah bandar Ciudad Juarez yang bersempadan diantara Mexico dan U.S, El Paso Texas.

Pada tahun 80an, Juarez kartel mengembangkan rangkaian bisnis mereka dengan melakukan penyeludupan bertantan bahan narkotik ke Amerika Syarikat.

Selain pengedaran dadah, antara senarai jenayah aktif yang dilakukan Juarez Kartel adalah seperti pemerdagangan manusia, penculikan dan memeras wang.

Juarez Kartel jadi pesaing kepada Sinaloa Kartel pada 20052006 disebabkan pergaduhan antara Sinaloa dengan Gulf Cartel sehingga mencetuskan penglibatan Juarez kartel ke dalam kancah konflik tersebut.

‘El Capo’ (Ketua) Juarez kartel iaitu Rafael Fuentes mati ditembak oleh pengantinya sendiri iaitu Armado Carillio Fuentes pada tahun 1993.

Kartel Los Zetas

Los Zetas antara kumpulan yang dianggap sebagai kartel dadah yang paling brutal, paling jahat, paling zalim yang pernah ada di Mexico.

Percaya atau tak, kartel ini diasaskan oleh bekas Pasukan Komando Mexico yang telah kelabu mata dengan wang sehingga sanggup menanggalkan uniform dengan menyertai Gulf Cartel, sehinggalah pada tahun 2010 mereka berpecah dan keluar dari Gulf Cartel lalu menubuhkan Kartel Los Zetas.

Maka tak hairan kenapa mereka sangat handal bermain senjata dengan lengkap latihan askar termasuk memiliki teknologi canggih.

Perniagaan yang dijalankan Los Zetas bukan sahaja tertumpu pada pengedaran dadah tetapi sebagai pembunuh upahan dan pengubahan wang haram.

Taring Los Zetas kian merundum dengan kemunculan kartel baharu bernama Jalisco New Generation Cartel yang menjadi pesaing hebat kepada Los Zetas.

Kartel Gulf

Kartel tertua yang pernah wujud di Mexico pada tahun 1930s, Gulf Cartel meluaskan tapak organisasi hampir diseluruh benua, Afrika Barat, Asia, Eropah dan Amerika Tengah.

Kartel Gulf menjadi titik permulaan penubuhan Kartel Zetas.

Capo (ketua) Kartel Gulf, Juan Jesus Guerrero Chapa melarikan diri ke US daripada dikejar oleh ‘rival gang’ yang berada di Mexico tetapi malangnya beliau mati dibunuh diluar rumah pada 2013.

Kartel Medellin

Kartel Medellin merupakan sebuah organisasi jenayah yang berpusat di Colombia.

Pada awalnya wilayah Medellin menjadi wilayah terkenal dalam menghasilkan kokain. Setelah Pablo Escobar mengambil alih Kartel Medellin, beliau mula terfikir bahawa perniagaan dadah lebih menguntungkan, akan tetapi penjualan Kokain dan Marijuana tetap berjalan dan masih menjadi sebahagian besar peniagaan Kartel Medellin.

Pada tahun 1970an dan 80an, Kartel Medellin menggunakan pesawat untuk aktiviti pengedaran dadah dari Colombia ke Florida, US.

Kokain mendapat sambutan luar biasa di US, Kartel Medellin dengan ‘senang hati’ melabur lebih dengan membeli beberapa buah lagi pesawat kecil.

Selain itu, Pablo Escobar juga turut merasuah kerajaan dan pegawai tentera untuk memberi laluan mudah Kartel Medellin meneruskan perniagaan mereka.

Bahaya Kartel Medellin sama saja macam kartel yang lain. Bezanya Kartel Medellin memiliki Capo/Ketua(Pablo Escobar) yang bijak serta digeruni musuh.

Nak tumbangkan Pablo Escobar mengambil masa selama 5 tahun, dengan kerjasama pelbagai pihak, 10,000 – 15,000 anggota terlibat dalam misi menumpaskan ketua Kartel Mendellin.

Kartel Sinaloa

Kartel Sinaloa berjaya mencantas kumpulan kartel yang lain dari segi perniagaan dan populariti terutamanya di Mexico.

Kawasan Kartel Sinaloa dalam aktiviti perniagaan meliputi Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Apa yang ‘special’nya tentang Kartel Sinaloa ni. mereka ada kabel besar dengan Federal Police dan pihak tentera.

Kartel Sinaloa menjadi lebih terkenal dan menjadi huruhara sejak El Chapo Guzman mengambilalih. Beliau antara ketua yang lama memegang kuasa . El Chapo pernah beberapa kali melarikan diri dari penjara melalui terowong bawah tanah setelah berjaya merasuah pegawai penjara.

Dengan kekejaman yang berlaku, sifat mereka lebih teruk dari perangai binatang. Nilai-nilai humanisme tak wujud dalam jiwa mereka.

Keldai/Ahli yang gagal menghantar produk (dadah) ontime, yang hilangkan produk tanpa sengaja, maka siap lah untuk di ‘barbecue’ hidup-hidup.

Jelas bahawa budaya rasuah yang membarah akan menghancurkan sesebuah negara. Sebahagian pihak berkuasa disana yang sepatutnya membenteras kegiatan haram dibutakan mata dengan wang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑