[Video] Mayat Penjenayah Kejam Dijadikan Kasut, Topeng Muka, Ashtray, & Pasu Bunga!

George Parrott adalah seorang lelaki yang mempunyai banyak nama. Antaranya termasuklah George Warden, George Manuse, Big Beak George, dan Big Nose George. Tetapi satu-satunya gelaran yang kekal sepanjang masa adalah “penjenayah”.

Dan walaupun kehidupan penjahat abad ke-19 ini sangat menarik, ia mungkin tidak begitu menarik seperti kematiannya. Mayat George berakhir dalam pelbagai bentuk, termasuklah sebagai pasu bunga, ashtray, eksperimen sains, dan juga sepasang kasut.

Terkenal dengan pelbagai kejahatan pada penghujung abad ke-19 seperti pencurian kuda, rompakan lebuh raya, dan akhirnya rompakan kereta api, nasib George berakhir dengan pembunuhan.

Pada tahun 1878, George dan gang nya bersembunyi selepas rompakan yang tidak menjadi terhadap kereta api Union Pacific Railroad, di mana mereka membunuh 2 orang pegawai penguatkuasa.

Timbalan Wakil Sheriff Carbon County Sheriff Widdowfield dan Detektif Kesatuan Pasifik Henry Vincent kumpulan ini sehingga ke tempat persembunyian mereka di Rattlesnake Canyon dekat Elk Mountain, Wyoming.

Apabila ahli undang-undang datang ke kem mereka, geng menyerang mereka, menembak mereka, dan menguburkan mayat mereka sebelum melarikan diri.

Ketika 2 orang penguatkuasa ini sampai di kem mereka, George dan konco-konconya menyerang dan menembak mereka sehingga mati. Mayat kedua-dua pegawai tersebut kemudiannya ditanam sebelum melarikan diri.

George hidup sebagai penjenayah yang bebas untuk bertahun-tahun selepas kejadian itu, sehinggalah dia berbangga-bangga dengan pembunuhan tersebut yang membuatkannya dihukum penjara.

Tidak lama kemudian, dia berhadapan dengan keadilan dunia apabila dia digantung pada tiang telegraf oleh pengawal beramai-ramai selepas cuba melarikan diri dari hukuman mati.

Namun terima kasih kepada seorang doktor yang bernama John Osborne yang pada ketika itu berada di tempat kejadian, kisah George Parrot masih kekal sehingga ke hari ini.

Apabila tiada sesiapa pun yang datang menuntut mayat George, Dr. John Osborne menghantar otak George kepada rakannya, Dr. Thomas Maghee untuk kajian perubatan mengenai minda jenayah.

Dr. Thomas memberikan bahagian atas tempurung kepala George kepada Lillian Heath, pembantunya yang berusia 15 tahun.

Lillian menjadi doktor wanita pertama di Wyoming dan dilaporkan menggunakan tempurung kepala tersebut sebagai ashtray, penghadang pintu dan juga pasu bunga.Dari situ, cenderahati Osborne menjadi semakin menakutkan.

Di samping menghasilkan topeng mayat menggunakan muka George, Dr. John mengarahkan agar kulit mayat tersebut supaya dihasilkan sepasang kasut, manakala baki mayat tersebut disimpan di dalam tong whiskey dipenuhi dengan larutan garam.

“Saya mengarahkan pembuat kasut untuk mengekalkan putingnya pada kulit, untuk membuktikan ia adalah kulit manusia. Namun dia tidak mengikut arahan saya,” kata Dr. John Osborne.

Walaupun kekurangan aksesori, Dr. John sangat kagum dan menggemari kasut tersebut sehinggakan pada tahun 1893, ketika pertabalannya sebagai gabenor Wyoming, beliau memakai kasut kulit manusia.

Kini, cebisan tengkorak George Parrot, topeng mayat, dan sepasang kasut yang menyeramkan itu boleh ditemui di Muzium Carbon County di Wyoming.

Sebagai seorang penjenayah yang kejam dan berakhir dengan kematian yang kejam, George Parottt sudah tentunya tidak “rest in peace”, sebaliknya “rest in pieces”.

Rujukan :

https://www.roadsideamerica.com/story/14910
https://www.wyohistory.org/encyclopedia/big-nose-george-grisly-frontier-tale
https://www.thevintagenews.com/2017/11/25/bizarre-big-nose-george-parrott-became-a-pair-of-shoes-after-his-death-2/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑