[Video] Misteri Perigi Neraka – Penjara Untuk Syaitan & Jin

Sesiapa yang melihat imej satelit sebuah lubang di sebuah gurun berhampiran sempadan Yaman-Oman pasti tertanya-tanya bagaimana ia boleh muncul di situ. Lubang itu dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Perigi Neraka atau Perigi Barhout dan ia masih diselubungi misteri.

Lubang besar yang terletak di wilayah al-Mahra ini berukuran lebar 30 meter dan berkedalaman antara 100 hingga 250 meter. Terdapat beberapa versi tentang kewujudan lubang ini. Satu versi mengatakan ia dicipta sebagai penjara bagi golongan syaitan dan jin – reputasi yang disokong dengan bau toksik dan busuk yang keluar dari lubang berkenaan. Manakala satu versi lagi mengatakan ia merupakan lubang neraka.

Yang pasti, ia menggamit perhatian saintis selama bertahun-tahun. Wujud pelbagai teori tentang bagaimana ia terhasil. Ada mengatakan ia merupakan pingo, sejenis fenomena geologi yang kini muncul di Semenanjung Yamal, Rusia pada dekad yang lepas.

Bagaimanapun, menurut Profesor Chris Fogwill dari Universiti Keele, beliau percaya Perigi Barhout bukan sebuah pingo. Tetapi sebaliknya, ia sebuah lubang benam yang terhasil akibat hakisan batu kapur atau pergerakan geologi garam atau air garam.

Begitupun, melihat kepada hakisan pada lubang tersebut, mustahil ia dikelaskan sebagai lubang benam. Tambah Prof Fogwill, lubang benam terhasil akibat pelbagai aktiviti termasuk perlombongan, mengorek atau pembinaan. Tetapi masalahnya, kebanyakan aktiviti tersebut langsung tidak wujud sekitar kawasan berkenaan.

Bagi pihak berkuasa Yaman, mereka sendiri tidak tahu apa yang ada di dalamnya. Ketua pengarah jabatan sumber mineral dan geologi al-Mahra, Salah Babhair memberitahu disebabkan lubang yang terlalu dalam, agak sukar mengetahui apa yang ada di dasarnya. Usaha penerokaan juga dijangka sukar kerana kekurangan bekalan oksigen dan aliran udara.

Kenyataan ini bersandarkan kepada usaha penerokaan Perigi Barhout yang dijalankan sebelum ini. Peneroka berjaya diturunkan sejauh 50 hingga 60 meter ke dalam lubang sebelum dikeluarkan atas sebab keselamatan. Tambah Salah lagi, ia dianggap misteri kerana pasukan peneroka melihat benda aneh dan menghidu bau yang tidak dapat dijelaskan.

Beliau percaya lubang tersebut berusia jutaan tahun dan memerlukan lebih banyak kajian selanjutnya. Tetapi usahlah ditanyakan hal ini kepada penduduk tempatan. Sekiranya ditanya tentang perihal Perigi Barhout, mereka memilih berdiam diri kerana bercakap tentang hal berkenaan boleh mendatangkan malang kepada mereka.

Perigi Barhout turut mencetuskan pertikaian tentang beberapa cerita yang berkait dengannya dalam kalangan para ulama. Bagaimanapun, penulis tidak akan menyentuhnya di sini kerana merasakan ia lebih layak disentuh oleh orang yang lebih arif dalam bidang hadis. Yang pasti, misteri Perigi Barhout ini merupakan satu lagi tanda kekuasaan-Nya yang patut direnungkan.

Rujukan :

AFP dan Ciaccia, Chris. (2021). Experts left baffled over origins of Yemen’s ‘Well of Hell’ – a 100-foot wide hole in the desert rumored to be a ‘prison for demons’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑