[Video] Kisah Raja Lautan – Mosasaurus

Dalam klimaks Jurassic World (2015), Tyrannosaur berganding dengan Velociraptor untuk menewaskan dinosaur fiksyen Indominus Rex. Tetapi akhir sekali, Indominus dibunuh seekor Mosasaurus usus yang melompat daripada permukaan kolam berhampiran.

Babak ini sekadar fiksyen sahaja tetapi secara tidak langsung menunjukkan Mosasaurus sebagai haiwan pemangsa yang menakutkan.

Dan Mosasaurus memang wujud sejak 1455 juta tahun lalu, melalui evolusi daripada reptilia bersisik (squamate).

Tetapi ada sesuatu yang sangat menarik tentang Mosasaurus. Walaupun berevolusi daripada jenis haiwan berdarah sejuk, Mosasaurus sebenarnya berdarah panas.

Suhu badan Mosasaurus dipercayai berada antara 33.9ºC hingga 36.1ºC, lebih tinggi berbanding suhu air habitat mereka (24ºC hingga 29ºC).

Masalahnya, Mosasaurus tiada lapisan lemak untuk mengekalkan haba. Jika berdarah sejuk, air yang lebih sejuk ini akan meresap keluar semua haba dalam badan mereka.

Jadi satu-satunya cara untuk Mosasaurus hidup adalah jika mereka mempunyai darah panas (Everhart, 2017).

Malah Mosasaurus juga mempunyai paru-paru seperti ikan paus hari ini.

Mereka bernafas terus daripada udara terbuka. Tetapi Mosasaurus ialah reptilia laut, kaya dengan 40 genus (kumpulan spesis). Ia bukan mamalia seperti ikan paus.

Dan ia juga bukan dinosaur. Jangan kerana haiwan ini hidup berpuluh juta dulu, terus dipukul rata sebagai dinosaur.

Pada masa ini, dinosaur menguasai darat. Mosasaurus pula merupakan raja dalam laut.

Seekor Mosasaurus seperti Tylosaurus misalnya mempunyai ekor panjang, sangat sesuai unuk berenang. Rahangnya pula kuat, amat membantu semasa menggigit tambah pula dengan 70+ gigi dalam mulut. Mosasaurus paling kecil ialah Dallasaurus turneri, yang mungkin sama saiz seperti biawak hari ini iaitu sekitar 100 sentimeter panjang sahaja. Tetapi bukan semua Mosasaurus comel seperti dallasaurus.

Banyak yang boleh mencecah 400 sentimeter pun, mungkin diperlekehkan sebagai buaya purba. Mosasaurus hoffmani pula ialah spesis paling besar. Berdasarkan fosil yang ditemui, hoffmani boleh mencecah 17 meter panjang. Jadi ada spesis Mosasaurus yang boleh menelan manusia.

Ada yang mungkin boleh dibuat haiwan peliharaan… mungkin relevan kalau dibandingkan dengan felidae (ada spesis bertenaga seperti harimau; ada pemalas abadi yang perasan raja iaitu kucing).

Dulu Mosasaurus dipercayai berenang seperti belut atau ular. Tetapi kajian lebih terkini mendapati yang Mosasaurus berenang seperti jerung – tubuhnya tidak bergerak kiri dan kanan. Sebaliknya, Mosasaurus menggunakan ekor yang kuat untuk memecut laju (Lindgren, et al., 2010).

Mungkin Mosasaurus lebih suka bersembunyi untuk menyerang hendap (Kaddumi, et al., 2013).

Dengan saiz dan keupayaan agung ini, Mosasaurus bermegah sebagai spesis pemangsa puncak (apex predator).

Ia boleh memakan apa sahaja. Contohnya, saintis menemui fosil Mosasaurus Missouriensis di Kanada… dan dalam bahagian perut, terdapat ikan yang lebih besar daripada kepala Mosasaurus itu sendiri (Black, 2014).

Saintis juga menemui satu lagi spesis Mosasaurus iaitu prognathodon kianda. Dalam penemuan ini, kianda telah menelan spesis Mosasaurus lain (Hall, 2018).

Prognathodon Kianda

Kewujudan Mosasaurus sebenarnya memenuhi fitrah alam semulajadi. Sebelum zaman Mosasaurus us, ada jenis haiwan lain yang menguasai laut sebagai pemangsa puncak. Dulu ichthyosaur menguasai laut sebelum diwarisi plesiosaur.

Selepas plesiosaur, barulah Mosasaurus naik takhta. Tanpa Mosasaurus, jenis crocodilian pula yang menguasai perairan.

Sekitar 66 juta tahun lalu, sebutir batu angkasa telah menimpa Bumi. Tidak pasti sama ada asteroid atau komet., batu ini telah melenyapkan potensi kehidupan di muka bumi ini.

Banyak spesis dihilangkan begitu sahaja. Salah satu jenis spesis ialah Mosasaurus, yang tidak lagi mampu mencari makanan akibat rantaian kepupusan terlalu melampaui batasan norma semulajadi (Pester, 2021).

Satu demi satu spesis Mosasaurus pergi buat selamanya. Dan hari ini dunia hanya mempunyai kenangan sahaja, bahawa satu masa dahulu laut luas dikuasai sejenis reptilia yang sangat menakutkan.

Rujukan :

Black, R. (2014, September 16). A Mosasaur’s Last Meal. National Geographic.

Everhart, M.J. (2017). Oceans of Kansas, Second Edition: A Natural History of the Western Interior Sea. Indiana University Press. Halaman 259.

Hall, D. (2018). Meals of the Mighty Mosasaur. Smithsonian Magazine.

Kaddumi, H. F., et al. (2013). Soft tissue preservation in a fossil marine lizard with bilobed tail fin. Nature Communications. 4: 2423.

Lindgren, J., et al. (2010). Convergent Evolution in Aquatic Tetrapods: Insights from an Exceptional Fossil Mosasaur. PLOS ONE. 5 (8): 11998.

Pester, P. (2021, April 21). Mosasaurus: Apex ocean predator of the dinosaur age. Live Science.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑