[Video] Bolehkah Manusia Berkahwin Dengan Hantu?

https://youtu.be/qeW1O2Mp3cM Di wilayah-wilayah luar bandar China seperti Shanxi, Shaanxi dan Henan, terdapat satu tradisi perkahwinan pelik yang semakin mendapat sambutan. Tradisi yang dimaksudkan ialah "Perkahwinan Hantu" di mana manusia hidup berkahwin dengan individu yang telah meninggal dunia. Mengapa mereka melakukannya? Berikut adalah penerangan mengenai Perkahwinan Hantu ini. Sunyi di alam kematian Pemujaan atau sembahan ini... Continue Reading →

[Video] Kisah Resort Berhantu Terbiar Atas Gunung!

https://youtu.be/usezthhDRUo D’Coconut Hill Resort terletak di atas Gunung Raya, Langkawi. Di kenali dengan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter paras laut dan hutan simpan menempatkan banyak hidupan liar seperti monyet, rubah terbang, kera, tupai, helang, burung hantu dan macam-macam lagi. Puncak gunung raya adalah pembentukan granit besar yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari... Continue Reading →

[Video] Hantu Polong Memudaratkan Musuh!

https://youtu.be/C_v9iYPzD5s Hantu Polong adalah belaan (selalunya lelaki) makhluk halus bertujuan untuk memudaratkan musuh. Ia akan di simpan dalam botol mulut panjang. Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol itu. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua... Continue Reading →

[Video] Mantera Memanggil Langsuir!

https://youtu.be/tnXxOhtbjWg Dalam kepercayaan dunia nusantara, Langsuir atau Langsuyar adalah mahkluk halus penghisap darah. Vampire versi kita. Di percayai bahawa Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Di situ dia akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Langsuir akan berubah kembali kepada rupa... Continue Reading →

[Video] Kisah Rumah Berhantu Rose Hall

https://youtu.be/vJP3RNBYbHs Rumah ini dilabel sebagai kediaman paling berhantu di hemisfera barat dan ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Rose Hall dibina pada 1770-an dan mempunyai pengaruh seni bina Georgian pada reka bentuknya. Ia diwarisi oleh John Palmer daripada datuk saudaranya yang turut bertanggungjawab menjadikan ladang tersebut sebagai ladang tebu. Rose Hall merupakan antara ladang terbesar di... Continue Reading →

[Video] Kisah Papan Ouija Dan Hantu Zozo

https://youtu.be/9HFV3oA8ahE Bagi anda yang melalui usia remaja pada sekitar tahun 80-an atau 90-an, terutamanya yang pernah menghadiri sekolah berasrama pasti pernah mendengar satu permainan yang dipanggil "Spirit-spirit". Permainan yang sama ini sering dimainkan oleh mereka di barat, namun mereka menggunakan alat yang dipanggil sebagai Ouija Board atau Papan Ouija. Permainan yang dikatakan memerlukan pemainnya untuk... Continue Reading →

[Video] Kenapa Ramai Orang Takut Dengan Nombor 4?

https://youtu.be/UbOQLAe1tag Jika anda gemar menonton filem Barat, sudah tentu anda biasa mendengar tentang hari 'istimewa' Friday the 13th. Apabila setiap kali Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan itu bakal menjelma, kaca televisyen pasti disajikan dengan kisah-kisah seram Freddie Krueger dan seumpamanya. Orang Barat begitu gerun dengan nombor 13 dan mereka percaya setiap sesuatu yang... Continue Reading →

[Video] Kisah Hantu Yang Menghantui Wadi-Us-Salaam, Iraq – Tanah Perkuburan Terbesar Dunia

https://youtu.be/xQvqVc9V8pY Bagi orang Syiah terutama di Iraq dan Iran, kawasan perkuburan Wadi-us-Salaam merupakan satu kawasan yang penting untuk mereka. Ini kerana kawasan perkuburan di Najaf, Iraq ini terletak berhampiran makam Saidina Ali bin Abi Talib r.a sekaligus menjadi rebutan ramai orang dikebumikan di situ. Kawasan ini juga turut dikelaskan oleh UNESCO sebagai satu-satunya tanah perkuburan... Continue Reading →

[Video] Tanda-Tanda Orang Membela Hantu Raya – Genderuwo

https://youtu.be/mpaRhvlFr0w Hantu Raya adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara dengan tujuan membantu melakukan kerja-kerja harian dan juga untuk membalas dendam dengan cara memudaratkan pihak musuh. Hantu raya akan melakukan kerja yang berat yang tak terdaya dilakukan oleh manusia. Ia juga boleh merasuk badan musuh. Hantu Raya tak ada kena mengena dengan Hari Raya, nama Hantu... Continue Reading →

[Video] Misteri Patung Berhantu Singapura ‘Hougang Doll’

https://youtu.be/elp0RsZ_OwI Pada tahun 2014, sebuah anak patung misteri telah di jumpai yang mengemparkan penduduk Singapura. Anak patung itu di balut di matanya dengan sehelai kain bertulis ‘Bismillah’. Ia di temui di bawah pokok di Pekan Hougang. Kes ini menjadi buah mulut warga Singapura terutamanya masyarakat melayu di sana. Menurut laporan media semasa, patung itu di... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑